okay mari kita mulakan :) bismillahirahmanirahim,
6 tips untuk redakan kemarahan =)
tips 1: Bernafas!
Untuk menenangkan fikiran uolls, otak korang mestilah mendapatkan oksigen yang secukupnya yea kerana dapat melancarkan peredaran darah yang sedang mengelegak tue.. hehe.. okay cara-caranya ialah:
tutup mata uolls tarik nafas panjang2 dan dalam2, haa masa korang tarik nafas tue kira sampai 5 dan hembuskan nafas dari 5 sampai 1, buat ini dengan tenang yea.
tips 2: Rengangkan sikit urat2 yang tegang
Merengangkan otot2 boleh meluruskan otot2 korang yang tegang tertarik tue..haha. dan dan boleh meringankan perasaan marah korang juga tau.. :) haa apa kate mase lepas korang marah tue korang urut2 sket leher dan bahu yea.. ianya membantu tahu haa.. tak pon korang boleh letup2 kan pingang korang tue yea.. hehe haa senang cite buat lah senaman ringan sket.. =)
tips 3: korang boleh pergi jalan2 kat taman amik udara segar ;)
Ha selain dari tips2 kat atas ni.korang boleh mengambil udara segar supaya korang boleh relax la sket kan..
kalau korang kat office ke kat kampus ke kan dari korang duduk memikirkan kemarahan korang lebih baik lah korang g jalan2 ke cuci mata sket tengok pemandangan indah yang Allah cipta ni yea.. hehehe
tips 4: Luahkan perasaan marah
Ehh korang jgn salah paham dgn subtitle kat ats ni. maksud saya luahkan perasaan marah tue.. mcm ni korang luahkan la ape yang membuatkan korang marah sangat tue kat bestfriend korang especially kan kan...
tips 5: Dengar lagu kegemaran korang
Dengar lah lagu2 yang menenangkan korang yea.. yea laa biasanya lagu2 tenang niyh boleh bg kesan yang sangat mujarab untuk menenangkan emosi korang semua... =)
tips 6: Tengok cermin!
Yeah mesti korang pelikkan.. apesal lah lepas marah2 kena tengok cermin buang tebiat gak ahh.. hahaha
yea la cuba korang try lepas marah2 korang tgk cermin,mesti korang nampak muka marah korang enn enn haha dan semestinya tak cantik!! hahaha so korang akan immediately senyum yea...
haa tak pon korang marah2 lah sorang2 depan cermin. pun boleh membantu yea... sekurang2nya lepas lah kemarahan korang tue.. biarlah orang nak cakap korang niyh gila ke ape ke sebab marah2 sorang2 depan cermin tapi yang penting korang tak lepaskan kemarahan kat orang lain kan kan .. haa :)
p/s : korang try lah tips2 niyh manelah tau berkesan kan kan.. tak de lah orang label korang sebagai seorang yang kaki marah ;)
hehehhee.
No comments:
Post a Comment