Monday, August 10, 2015

crafty customize

Assalamualaikum,

SELAMAT HARI RAYA!!
hehe masih dalam bulan syawal kan.wehee..

entry kali ni nak update je pasal perniagaan cik miea. hehe sebelum ni memang cik miea ade jual pencil case zip warna warni. so sweet. but now cik miea dah fikir-fikir nak kembangkan lagi perniagaan kepada tote bag pulak. cik miea masih lagi menunggu jawapan daripada supplier tote bag cik miea. excited sangat ni dah lama tak melukis atas fabric. nah cik miea saji kan dlu pencil case yang cik miea buat sebelum ni.











comelkan so now nak melukis atas tote bag pulak.. rajin2 dah melawat account instagram craftycustomize. 


pengumuman selanjutnya akan diumumkan nanti yea.. check it out.

okay sampai sini dlu nak cerita. nnt cik miea update lagi yea.. stay tune.. 

Daa
-xoxo-

Wednesday, June 17, 2015

SIMBA

Assalamualaikum,

Apa habaq semua. hehe hari ni nak cerita tentang peristiwa malam tadi...
alkisah diriku yang demam ni. Disebabkan dah tak larat menanggung batuk yang tiada penghujungnya ni, malam tadi tujuannya ke semenyih untuk melawat doktor di poliklinik penawar. Sampai2 je disana klinik tutup. Alangkah sedihnya hati ini. 😔

Jadinya hajat ni diteruskan juga ke kajang demi mencari klinik yang masih buka pada waktu itu. Tapi semasa perjalanan nak keluar dari semenyih sentral tu ternampak sekumpulan anjing liar sedang menyalak-nyalakkan seekor kucing yang berada diatas pokok. Alangkah kasihannya kucing tersebut. Lalu ku patah balik untuk menolong kucing itu. Tetapi ade seorang lelaki yang ternampak kejadian itu terlebih dahulu menghalau anjing2 tersebut. lalu kucing yang ketakutan itu turun dari pokok berlari sedan memanjat pagar kedai dobi disitu. Tetapi nasib kucing malang itu dia tak berjaya melepaskan dirinya. Dia tersangkut di pagar itu. Lalu aku yang kasihankan kucing tersebut menolong kucing itu dan ambil lah kucing tersebut. Setelah pegang kucing tersebut  hatiku tertambat dengan kecantikannya.

Rupanya sama seperti April. Kucingku yang hilang pada bulan april hari tu. 😢

Ini gambar photoshot april. Pakai kamera DSLR.
April manja.. 
gambar terakhir April sebelum kehilangannya 😭
Mr. APRIL berbaju.

Jadinya sekarang kucing malang tersebut sudah berda dirumahku.. hehe nama diberi SIMBA. sebabnya dia panjat pagar tapi tak boleh turun. Haha Dia adalah seekor betina.

Inilah SIMBA. 😊
Ekor dia kembang sama macam APRIL. 

Hari ni Simba tidur je. Mungkin dia kepenatan kena kejar anjing semalam. Kesian dia.. 😦

Sampai sini dulu cerita tentang kucingku.. 😊 Nanti kita update lagi cerita tentanv lagi 2 ekor kucing jantan kat belakang rumah ni. sekor nama Khadir sekor lagi Capang/ Rakuna. Nakal 2ekor jantan ni. Hehe. Okay bye.. 

Daaa
-xoxo-

Tuesday, June 16, 2015

welcome back speech

Testing... mood demam.😷
hehe

Assalamualaikum.

hehe hai semua. Tetiba rindu kat blog ni. 😅
erm tgk last posting tahun lepas. Aiyoo.. punye lah lama ta update blog oiii... 😧
Maaf lah yeaa... 
okay untuk update terkini. Now iols tgh cuti sem.. hehe 3bulan uii.. tp seperti biasa lah tak kerja pun cuti2 ni haih.. ape lah. Tp tape mcm sem-sem sebelum ni cuti sem ku dipenuhi dengan aktiviti menjual di instagram. 
Jemput2 la ye visit my ig.. hehe 
oh yea memandangkan Khamis ni dah puasa, kita nak war2kan kat semorang yang kita jual tart nenas tau... 😆. Nanti kita post lain pulak. Khas untuk tart nenas saje.. hehe peaceee... 

Daa 
-xoxo-