Sekurang-kurangnya kita sebagai perempuan atau wanita pasti terfikir tentang perkara-perkara yang dinyatakan di bawah. Allah tak adil ke? nauzubillah
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga (lebih banyak) dibanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila hendak keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya (apabila menjadi saksi) kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kepada suaminya, sementara suami tak perlu taat pada isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dalam beribadat karena adanya masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.
Tapi, pernahkah kita lihat realiti disebaliknya ?
1. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang paling selamat dan baik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah dan terdedah pada pandangan mata-mata yang ingin mencurinya di tepi jalan bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.
2. Wanita perlu taat kepada suami, tetapi tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada kepada bapanya?
3. Wanita menerima warisan lebih sedikit daripada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya. Sementara apabila lelaki menerima warisan, dia perlu atau wajib untuk menggunakan harta tersebut untuk isteri dan anak-anaknya.
4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi tahukah bahawa setiap saat, dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan tahukah jika dia mati kerana melahirkan adalah syahid dan syurga menantinya di akhirat kelak.
5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya. Maksudnya, bagi seorang wanita, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 orang lelaki: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
6. Seorang wanita boleh memasuki syurga melalui pintu syurga yang mana saja yang disukainya, cukup dengan 4 syarat sahaja, iaitu :sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya.
7. Seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah, sementara bagi wanita jika taat kepada suaminya, serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH, maka dia akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Masya ALLAH ! Demikian sayangnya ALLAH pada wanita… kan
Yakinlah, bahwa sebagai dzat yang Maha Pencipta, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Mengetahui akan segala ciptaanNya.
Yakinlah, hukum dan peraturan Allah adalah YANG TERBAIK bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan dan hukum buatan manusia.
Maka, berbahagialah wahai wanita-wanita sekalian. Tunaikan dan tegakkanlah kewajipan agamamu, niscaya syurga menantimu di sana kelak